Wednesday 6 May 2015

PENGENALAN KAMI


Assalamualaikum,kami  dari BULB Production yang dianggotai Mohd Syakeer Fahmi bin Mat Zahit,Mohd Aqmal Bin Mohd Faizal,Arif Ridzuan Bin Ab Nasir,Khairina binti Khairudin.Setiap ahli mempunyai tugas masing-masing dalam usaha menjayakan tugasan ini.

Kami menyiapkan satu filem pendek yang bertajuk Pajak kupang.Terima kasih kepada pensyarah dan ibu bapa telah banyak membantu dan menjayakan filem pendek kami.Tidak dilupakan kepada semua ahli krew telah banyak memberi sumbangan dan tenaga bagi tugasan ini.Kami berharap supaya filem pendek ini berjaya dengan baik.Semua ahli memberikan yang terbaik walaupun berlaku pelbagai konflik yang menimpa perjuangan kami.
Kami berharap,Filem Malaysia akan lebih maju dengan kehadiran generasi baru yang hadir dengan kreativiti yang lebih hebat."MAJULAH FILEM UNTUK NEGARA".

HASIL KARYA KAMI

INI ADALAH FILEM PENDEK DARI PRODUKSI KAMI YANG BERJUDUL PAJAKUPANG 



Tajuk : PAJAK KUPANG
Genre : Science-Fiction/Horror
Theme : Experimental

Logline : Azam telah diperdaya oleh seorang lelaki misteri yang boleh menjadikan dia kaya. Perjanjian tersebut memakan diri Azam hari semakin hari. Azam cuba bangkit untuk melawan misteri yang menimpanya.

Sinopsis : Azam menanggung hutang yang banyak.Jalan hidupnya buntu untuk mendapatkan sumber kewangan.Azam telah membuat perjanjian dengan Syaitan yang cuba memperdayanya.Azam telah mendapat sekeping kupang daripada lelaki misteri itu.Duit kupang itu tidak akan habis dan selalu ada didalam poketnya meskipun habis digunakan. Setiap kali Azam memerlukan duit,dia akan mengeluarkan duit kupang dari poketnya dan menukarkan kepada duit sebenar daripada sebuah kedai pajak gadai yang menerima duit itu.Azam hidup selesa dengan kemewahan sehingga dia mendapat satu penyakit misteri.